Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

ANDA JUAL NASI LEMAK TEPI JALAN ?

Nak berjaya dalam bisnes, pasti ada jalannya. Kalau anda baru berjinak dalam bisnes, gunakanlah MARKETING SIMPLE & PERCUMA (atau lebh dikenali sebagai free cost marketing).

 

Jual Nasi Lemak Online

Anda berniaga nasi lemak tepi jalan?

Kredit Foto: Sumber dari google @  poskod.my

 

ANDA JUAL NASI LEMAK TEPI JALAN ?

Inilah cara paling mudah dan simple untuk promote bisnes anda. Yang penting ianya PERCUMA kerana anda sekadar menggunakan Facebook peribadi dan Facebook Group. Ikuti 5 langkah mudah di bawah.

 

STEP 1: JOIN FACEBOOK GROUP SETEMPAT

Jika berniaga nasi lemak area Skudai, masuk dalam Facebook Group JB HOME FOOD DELIVERY & SELF PICK UP. Sebelum berniaga, UP di Facebook group tu, bagitahu awak jual nasi lemak kat area XX.

FB GROUP FOOD DELIVERY 1
Taip keyword search di Facebook
FB GROUP FOOD DELIVERY 1
Kemudian cari FB Group di kawasan setempat anda

 

 

STEP 2: NAMA YANG BEST UNTUK TARIK PERHATIAN

Bagi nama nasi lemak tu sedap sikit contoh, Nasi Lemak Mata 2 Belah, Nasi Lemak Santan Berlado, Nasi Lemak Rempit Skudai, Nasi Lemak Kangkung Belacan.

 

STEP 3: KEPOCHI MARKETING

Bila bisnes dah separuh jalan, rasa orang sikit dan stok banyak lagi tak habis, cepat-cepat lah UP kat Facebook group JB HOME FOOD DELIVERY & SELF PICK UP, dan offer ada siapa nak borong 5 ke 10 ke dan offer delivery.

 

InsyaAllah
Buat selalu
Lama-lama orang kenal.
Pasti ada jalannya.
😔😔😔

 

STEP 4: GROUP WHATSAPP JIRAN TETANGGA

Yeaaa terlupa ada satu lagi. Kena rajin KEPOCHI kat wasap group jiran tetangga.

 

Skrip Kepochi Marketing:
* Esok ada siapa nak bekalkan nasi lemak untuk anak dia?

* Siapa esok nak bawa bekal nasi lemak gi ofissss? Mehhh pm tepi.

* Ni ada siapa ke nak buat bisnes nasi lemak kat ofis?

* Cikgu tadika nak pesan nasi lemak ke untuk trip pergi zoo minggu hadapan.

 

STEP 5: FOTO BISNES & FB LIVE MARKETING

Pastu UP la foto atau video nasi lemak panas berasap baru angkat atau ikan bilis sedang berenang dalam kuali sambal tu. Atau buat FB LIVE. FB LIVE boleh buat kat FB peribadi atau di FB Group yang anda pernah join.

 

Nak bisnes.
Jangan malu kepochi.
KEPOCHI ADALAH SALAH SATU TEKNIK MARKETING!

 

Klik sini untuk belajar cara yang betul menggunakan FB LIVE MARKETING? Klik Sini –> FB LIVE MARKETING

 

June Mohd Som Storytelling Copywriting

June Mohd Som Storytelling Copywriting

testimoni kelas bisnes online cikgu june

testimoni kelas bisnes online cikgu june
Kelas Cikgu June

2017 tahun survival.
Buat duit. Kira duit.

 

Salam Kepochi 

JUNE MOHD SOM

FACEBOOK MARKETING STRATEGIST

 

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register