Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Bagaimana Membina Trust Sebelum Menjual

 

6 CARA MUDAH BINA TRUST MELALUI PERSONAL BRANDING MARKETING

 

MENULIS DENGAN EJAAN PENUH
Sesekali terrrrr-shortform takpe. Sesekali terrrr-rojak BM BI pun takpe. Tinggalkan bahasa mesin, bahasa kamus dewan, bahasa karangan spm. Tulis lah dengan bahasa santai yang meleleh lagi memukau.

 

PENULISAN SANTAI
Sesekali bersenda bergurau kat fb wall. Tak kan lah wall kita tu asyik menjual jerr. Sesekali share tips share petua share ilmu percuma. Ini namanya teknik give first (beri dulu). Semasa menjual, pastikan ayat masih santai. Buat ayat menjual, ayat copywriting memujuk.

 

FOTO FB MESTI JELAS
Ikut format cikgu ajar dalam nota BOP Online tu. Muka pastikan ceria. Jangan letak muka hakak pengawas dan abam tentera lak.

 

JUMLAH LIKE DAN KOMEN SEBAGAI SOCIAL PROOF
Jumlah like dan komen di FB wall anda yang tinggi seakan signal bahawa “owner fb wall ini boleh dipercayai sebab ramai orang suka dia.” Perasan tak perbezaan ini?

A) FB wall yang ada 10-20 like

B) FB wall yang maintain 100 like atas

FB wall yang banyak Like Komen umpama kedai yang meriah yang ramai orang singgah window shopping.

 

KEPOCHI MARKETING
Berniaga di Facebook menggunakan teknik low cost marketing ini kena rajin kepochi dan mak jemah. Kalau MALU, alamat susah lah diri dan bisnes anda nak cepat dikenali. Maklumlah. Lagi ramai prospek kenal kita, lagi besar peluang kita berbisnes.

 

TINGGALKAN JEJAK YANG POWER
Ini pun masuk bawah kategori kepochi mak jemah jugak. Tinggalkan JEJAK = tinggalkan KOMEN POWER di Facebook wall tertentu (lubuk prospek atau tempat prospek kita suka melepak).

 

Cuma masalah kebanyakkan orang –> MALAS & MALU & KEDEKUT (MMK) untuk tinggalkan komen di wall sana sini. So jangan haraplah sangat nama kamu cepat merebak di dunia Facebook dengan sikap MMK itu.

 

Seriously.

 

Saya jumpa amat ramai anak murid yang FAIL bab tinggalkan KOMEN atau JEJAK ini. Padahal dari komen yang anda tinggalkan di sana sini akan tarik trafik baru ke Facebook wall anda. Rajin tinggal jejak yang power, lagi cepat lah orang cuba stalk wall anda tu.

3 November 2017

3 comments

  1. Nur Sholeha bt ZulkifliLim8 November 2017 at 8:00 AMReply

    Saya bermula dari 0 cikgu..join bisnes sebagai dropship main redah terjun ke gaung.sekarang memang nak belajar gali ilmu dari cikgu sedalam dalamnya..

  2. Faridah Binti Mohd Kholid10 November 2017 at 5:31 PMReply

    Salam..cikgu June saya macam susah nak faham setakat ni..fenin sikit…

  3. Tips setting Personal Branding terang-terang dikongsikan. Kalau tak follow rapat-rapat tips cikgu memang menyesal 1000 abad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register