Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Bahasa Internet & Bahasa Bisnes Di Media Sosial

Anda mungkin dalam dilema. Samada nak eja atau nak tulis FACEBOOK atau FESBUK?

 

Begini yea. Ini mazhab JuneWriter. Ini pendapat saya. Dunia internet, dunia media sosial perlu dimeriahkan dengan bahasa santai. Omputih panggil >>> Internet Slang.

 

Kita kini berada di platform media sosial. Bahasa santai amat digalakkan untuk berjalan seiringan dengan evolusi sosio budaya media sosial. Kita kena faham bahawa masyarakat kita sedang mengalami migrasi ke masyarakat maya (online society).

Oleh itu. Saya amat galakkan orang bisnes mengikut trending semasa. Namun pastikan anda semua masih menulis dengan EJAAN PENUH untuk meningkatkan kredibiliti.

 

Yea, sila buat-buat lupa ejaan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini contoh slang perkataan dunia media sosial:

Facebook >>> Fesbuk
Kalian, You all >>> uols
Gitu >>> gitew
Artis >>> retis
Pitam >>> fittams
Pengsan >>> fengsan

Breakfast >>> bekfes

Ini pula contoh bagaimana evolusi ejaan berkembang di dunia barat.
Google (noun) >>> googling (verb)

 

Contoh lain. Pengguna bahasa seperti lettew dan gitew adalah slang yang bersesuaian untuk mereka yang berada di industri komestik misalnya.

 

Atau… Sesekali anda mahu masukkan unsur  LAWAK atau HUMOR dalam penulisan anda yang selalunya monotonous atau senada itu. Ini adalah salah satu cara untuk elak pembaca boring dengan penulisan anda. Sesekali, bergurau sendalah dengan audiens anda dengan lettew dan gitew.

 

Prinsip saya. Penulis yang baik adalah penulis yang versatile. Viola!

 

Namun, jika anda berniaga produk pendidikan atau kesihatan yang berharga premium, usahlah bergitew dan berlettew.  Nasihat saya. Usahlah skema sangat. Kita bukan pun menulis untuk kertas peperiksaan SPM. Okaylah. Jika anda masih rasa bersalah. Sila tonton dua video dari pakar ini.

 

Erin McKean

 

1. Erin McKean, seorang editor kamus online merayu, “Tolonglah saya buat perkataan baru. Saya nak masukkan ke dalam kamus online Wordnik.”

 

Anne Cruze

 

2. Profesor Bahasa Inggerris (Language historian), Anne Curzan juga percaya bahawa kita tidak perlu takut untuk mencipta perkataan baru. Malah, beliau memberi contoh dua perkataan baru yang telah diluluskan untuk digunakan.
– Hangry – which is when you are cranky or angry because you are hungry.
– Adorkable – which is when you are adorable in kind of a dorky.

Senang kata. Dunia bahasa sudah jadi macam dunia fesyen busana muslimah. Kalau dulu jubah warna hitam jer, sekarang jubah sudah direka denagan warna-warni dan bling-bling songket labuci. Begitu juga bahasa, ia sudah semakin meriah berpelangi.

 

Namun. Namun. Namun. Mazhab JuneWriter tidak berkompromi dengan ejaan sms. Semua penulis di media sosial perlu mengutamakan EJAAN PENUH.

TULIS DENGAN EJAAN PENUH UNTUK TINGKATKAN KREDIBILITI ANDA !

  Mazhab JuneWriter

 

PS: Cikgu lefchiuols. Muah ciked.
.

Seterusnya, boleh baca >> storytelling dan tips menulis.

26 November 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register