Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Cara Mudah Memaafkan Orang Lain

The Last Lecture Randy Paush

 

Ingatan saya pada fenemona Randy Paush dan The Last Lecture masih kukuh sehingga kini.

 

Beberapa bulan sebelum beliau meninggal, netizen mula mengekori kesah beliau di internet. Ketika itu tahun 2008. Bagaimanapun, saya sengaja berhenti untuk mengikuti kesah beliau kerana saya khuatir tidak dapat mengawal emosi pada hari beliau meninggal.

 

Sifat saya. Saya memang tidak gemar berada di dalam suasana real-time. Oleh itu, kebiasaanya saya akan meletakkan diri lambat beberapa hari dari berita semasa. Hampir semua berita sensasi di Malaysia dan dunia akan saya ketahui dari mulut orang lain selepas beberapa hari atau beberapa minggu, iaitu ketika cerita sensasi sudah hilang bisa. Seronok memang seronok, sebab saya terkecuali dari emotional peak which can make us a bit irrational. Keh keh. Memang mengelat!

 

Ohh sebenarnya, saya mahu berkongsi bagaimana video Last Lecture dan buku The Last Lecture ini membantu saya memperbaiki beberapa prinsip di dalam hidup saya.

 

Pada satu malam, isteri beliau Jay Paush telah kemekkan kereta Randy. Bagaimana Randy respon kepada insiden itu telah saya gunakan sehingga sekarang. Ketika Jay rasa bersalah dan berjanji akan menghantar kereta ke workshop untuk dibaiki, Randy terus menjawab, “Takpe. Tak perlu baiki. Kita guna jer kereta kemek ini.”

 

Apa yang saya belajar dari respon Randy ini?

1. Beliau dengan segera, instantly, menghilangkan rasa beban pada orang yang buat salah dengan sifat tolak-ansur (kompromi). Manusia memang makhluk yang lemah dan  kita memang selalu tersilap langkah di sana-sini. Betul?

 

2. Menjadi orang yang mudah memaafkan orang lain itu adalah sifat yang eeemm kewl. Haaa silalah praktis selalu. Lama-lama sifat pemaaf ini akan membuatkan anda kebal dari asyik maki hamun orang yang buat salah. Sebagai contoh, mula maafkan kereta yang potong que.

 

Dengan ini juga, saya tak pernah risau bila kereta saya kemek, samada saya kemekkkan atau orang kemekkan. Takde lah risau gelisah sampai insomnia bila orang terrrrrosakkan barang atau harta benda saya. Its ok. Mistake is mistake. Move on. Proceed with life. Next next next.Tetapi, bila saya yang buat salah, saya akan pastikan EGO saya dicampak ke longkang dan saya segera MOHON MAAF pada si dia, dia atau dia.

 

Kemudian, Randy ada menyambung untuk mengurangkan resah gelisah isterinya “Kereta adalah mesin yang membawa anda dari destinasi A ke destinasi B.” Dari sini, saya telah mengubah perkspektif saya terhadap perkara-perkara material seperti kereta mewah, percutian mewah, rumah mewah dan sebagainya.

 

Kereta Kancil, Vios, Hilux dan BMW adalah mesin mesin pengangkutan. Apa yang lebih utama, insan yang membawa mesin kereta ini. Dia sihat? Dia sedih gembira? Dia ok tak?

Hotel adalah bangunan tinggi yang chantik. Saya suka lepak hotel. Tapi saya tak kesah jika kita lepak kat warung atau rumah saya. Rumah kondo saya tinggi, takde tv, tapi saya boleh goreng french fries kalau kita lapar. Percuma.

 

Rumah adalah tempat berteduh. Rumah adalah priroriti, perkara paling asas dalam kehidupan manusia normal (macam teori Maslow). Ada orang yang mampu beli banglo 1.2 juta. Ada yang hanya mampu menyewa rumah flat kecil yang lifnya asyik rosak.

 

Antara 10 prinsip yang saya pinjam dari Randy Pausch:

1. The brick walls are there for a reason. The brick walls are not there to keep us out. The brick walls are there to give us a chance to show how badly we want something. Because the brick walls are there to stop the people who don’t want it badly enough. They’re there to stop the other people.

2. It’s not about how to achieve your dreams, it’s about how to lead your life, … If you lead your life the right way, the karma will take care of itself, the dreams will come to you.

3. When you’re screwing up and nobody says anything to you anymore, that means they’ve given up on you.

4. A lot of people want a shortcut. I find the best shortcut is the long way, which is basically two words: Work Hard.

5. You may not want to hear it, but your critics are often the ones telling you they still love you and care about you, and want to make you better.

6. Find the best in everybody. Wait long enough, and people will surprise and impress you. It might even take years, but people will show you their good side. Just keep waiting.

7. Give yourself permission to dream. Fuel your kids’ dreams too. Once in a while, that might even mean letting them stay up past their bedtimes.

8. Not everything needs to be fixed.

9. Do not tell people how to live their lives. Just tell them stories and they will figure out how those stories apply to them.

10. Apologies are not pass/fail.

 

Dan yang ini, “Anybody out there who is a parent, if your kids want to paint their bedrooms, as a favor to me, let them do it. It’ll be OK.”

 

Saya gunakan nasihat Randy dalam membesarkan kedua-dua puteri saya. Mereka dibenarkan bereksperimen dengan tepung dicampur kunyit, garam, warna. Mereka boleh simpan kotak pembungkus peti ais untuk sebulan dua. Mereka dibenarkan menyimpan kertas-kertas (sampah), termasuk koleksi angpau raya bertahun-tahun, dibenarkan mencipta henfon sendiri dan pelbagai eksperimen.

.

Selamat Membaca.

A Writer. Reads. A Lot.

24 November 2016

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register