Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Salji Lembut Yang Menjadi Kotor

1743723_1577425609154683_1176583203814717471_n

 

SALJI LEMBUT YANG MENJADI KOTOR

Pagi baharu sahaja bernyawa. Salji mula melembut dan bertukar menjadi cecair kotor. Beberapa garisan salji beku di sisi tingkap yang memandang belakang rumah juga telah menangis dan mengalir turun ke tanah. Deretan kereta di luar sana mula ditenggelami kegelapan, begitu juga di dalam rumah ini.

Di dalam bilik tidur, dia sedang mencampak, membaling, membuang pakaiannya ke dalam beg.

Kemudian dia masuk.

“Pergilah berambus! Aku memang suka kamu berambus.” Dia kata.

Dia terus menghumban baju-bajunya ke dalam beg.

 

NOTA FIKSYEN SEORANG COPYWRITER

Ini adalah contoh latihan penulisan yang saya praktis semenjak tahun 2005.

 

Lebih 10 tahun pengalaman menulis fiksyen dan mengambil ilham dan mengasah skil penulisan dari novel-novel sasterawan dunia seperti Wole Soyinka, Naquib Mahfouz dan Marcus Garcia. Saya juga pernah berguru dengan Puan Ainon Mohd, Pak Seno, sasterawan dari Indonesia dan pernah menerima nasihat dari Andrew Matthew penulis dari Australia dan Tash Aw penulis dari Ipoh yang sekarang menetap di London.

 

Melatih jari menulis, melatih ilham muncul secara spontan, melatih ayat menjadi lembut, proses penulisan, formula penulisan, semua ini memakan masa lebih 10 tahun. Maka, benarlah kata Malcolm Gladwell bahawa kita perlukan latihan selama 10,000 jam untuk menjadi pakar. 

 

Satu masa, sekitar tahun 2010-2012, saya berusaha untuk meninggalkan dunia fiksyen dan berdoa agar Allah gantikan dengan sesuatu yang baru. Saya pasrah namun tetap berprasangka baik Allah akan kirimkan hadiah bersalut permata.

 

Akhirnya, pada Mei 2014, saya terima kata semangat dari emel Angela Booth.

 

“Semua penulis fiksyen mampu menjadi seorang copywriter yang hebat.”

 

Mulai dari saat itu, semangat fiksyen saya berlari kencang tanpa henti. Inilah satu proses migrasi (pemindahan) yang eeerrrrr best giler. Dengan semangat Angela Booth, saya teruskan mendalami FORMULA-FORMULA COPYWRITING.

 

INI RAHSIA SAYA. 
June Mohd Som menyimpan impian untuk menjadi seorang MASTER COPYWRITER yang mempunyai legasi berjaya mendidik ribuan orang bisnes yang hebat.

 

InsyaAllah dengan izin Allah. 

June Mohd Som Copywriting Santai

#MISI3000COPYWRITER
#COPYWRITINGSANTAI | #CWS2018


1 February 2018

1 comment

  1. Cikgu! saya nk berjaya nk jadi orang mempunyai bisness besar dengan 100K sebulan, umi pun dalam kebimbangan takut xcapai impian tu cikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register