Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Ilmu Menulis Sales Page

Ilmu Sales Page 1

 

Sales Page yang panjang kebanyakkannya suck. Panjang pendek sesebuah sales page bergantung kepada kompleksiti dan kos produk.

 

Begini. Jika saya perlu membeli sekotak mancis berharga 25 sen, saya tidak perlukan ayat kopi yang terlalu meyakinkan. Saya akan terus beli sebab mancis adalah produk yang simple dan murah.

 

Jika saya hendak membeli rumah, ofkos rumah mahal, saya memerlukan berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk research, baca dan buat perbandingan. Ya, rumah adalah sesuatu yang lebih kompleks.

 

Sekarang. Jika saya mahu membeli satu produk yang berharga 300 ringgit, saya tidak perlukan mingguan atau bulanan untuk research dan sebagainya. Apa yang saya perlukan ialah maklumat yang mencukupi untuk saya terangkan (justify) kepada diri saya, isteri atau suami, sahabat baik atau bos saya, KENAPA saya perlukan produk berharga 300 ringgit ini.

 

Buyers are READERS.

 

Pembeli adalah seorang pembaca. Mereka membaca apa yang kamu tulis.

Perlukah anda khuatir tentang panjang pendek sales page (atau ayat iklan) anda?

Jawapannya >>> Tidak perlu.

 

Sekiranya seseorang itu sudah bersedia untuk membeli selepas membaca 20% konten sales page anda, mereka akan skip baca sampai titik terakhir dan terus sahaja KLIK ‘BUY.’

 

Namun.
Sekiranya seseorang yang baca kesemua teks panjang di sales page anda dan masih mempunyai banyak keraguan dan soalan tidak terjawab, maka ternyatalah sales page anda sedang dalam masalah besar.

 

Benar sekali. Kebanyakan orang tidak membaca teks keseluruhan di sales page anda — dan its okay dear. Mereka yang membaca sehingga ayat terakhir di sales page anda adalah mereka yang mempunyai potensi besar untuk membeli produk anda.

 

Teks ini adalah terjemahan dari Peep Laja dari website conversionxl.com. 

 

 

A Writer Writes

June Mohd Som

22 November 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register