Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Kesah Donut Seposen

Semalam. Terscroll FB wall seseorang dan tertonton kesah seorang muda yang berseri wajahnya. Tuan Wali memang buat saya speechless. Dari situ, saya UP satu post di FB sebagai self relfection. Tak sangka, walaupun post agak lewat (lari dari waktu ideal posting time), ia mendapat komen yang meriah.

 

donut seposen wali

Baca cerita beliau di sini >> Harian Metro

 

Di bawah ini adalah konten asal dari FB post saya semalam.

 

Baru lepas tonton video anak muda Waliudin yang menjual donut pada harga seposen. Tiba-tiba rasa malu pada diri sendiri. Malu juga dengan Tuhan Pemilik Rezeki. Sebab sebab sebab… dulu masa saya tiada ilmu bisnes, kami ambil untung sikit-sikit. Lately, saya dah mula pandai letak harga tinggi. Kenapa saya rasa bersalah ni??? Adakah minda separuh sedar saya sedang mengejar bee-em-double-you?
Semuga semua keputusan bisnes saya selepas ini tidak terpengaruh dengan kejar untung terlalu tinggi. Tak tahulah saya mampu ke idak nak lawan godaan $$$ ini.


Ya. Nak kena check semula NIAT berbisnes.

Semalam saya terima tiga “teguran”. Ibarat telegram dari langit pulak.

1. Bonda Hayati tegur, “Dulu, ko juga suruh ambil untung sikit-sikit.”

2. Seorang sahabat bisnes kongsi cerita, “Akak ambil untung sikit-sikit jerr.” Dan beliau pernah rugi bisnes setengah juta sebelum ni.

3. Ada seorang kawan, dia bisnes produk yang modal RM170 se unit, dan hanya ambil untung 5-10 ringgit sahaja. Beliau masih boleh bawa kereta baru buatan lokal. “Saja-saja tolong orang (iaitu pembeli).”

 

Nah. Macam mana ni???

 

Antara komen yang menarik dari warga FB:

“Hmm.. macam salah je ni. Allah menghalalkan jual beli. Allah mengharamkan riba. Soalannya, adakah mengambil untung itu riba?” ~ Tuan Syukur Safuan

 

Saya rasa komen paling membuka minda datang dari Tuan Penulis Zamri Mohamad.

 

Zamri Mohamad Penulis

 

 

Jika Puan June mahu rasa lega hati, jika mahu percuma boleh. Senaraikan ‘semua’ Buku dan bahan yang digunakan sebagai rujukan. Berikan Senarai itu secara percuma kepada yang masih ada “eak ouk…” Jika beliau berkualiti, beliau akan cari baca serta amal. Kemudian beliau ubahsuai sendiri ikut konteks serta lokaliti. Hehehe” ~ Tuan Zamri Mohamad

 

KESIMPULAN: Pagi tadi, saya tanyakan seorang Ustaz Fekah. Jawapan beliau, “ JUAL BELI adalah berdasarkan REDHO antara 2 pihak. Jika pembeli bersetuju membeli 5 batang pen pada harga RM100, maka tiada masalah.” Perghh lega lega dan lega.

 

 

12 December 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register