Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Kesah Telekung Busuk: Copywriting Yang Dicuri

Yang mana HAK saya, sudah pasti akan kembali kepada saya dengan izin NYA. Jika bukan, ia akan pergi jua dengan kehendak NYA.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat Facebook yang memberi sokongan moral dan nasihat sepanjang 3 hari saya mempertahankan hak copyright dan intellectual property (IP) saya. Dan sebagai Cikgu OP yang memahami algoritma Facebook dan “game” media sosial yang gemar up cerita viral, saya berusaha memastikan kredit diberikan kepada yang berhak.

 

Tak sangka. Antara orang yang paling banyak pm saya adalah Mazana Mohamed sendiri. Contohilah beliau. Ditegur silapnya hanya sekali sahaja. Namun mohon maaf yang saya terima darinya berkali-kali. Kita memang manusia yang serba kekurangan dan selalu berbuat silap. Buang ego dan mohon maaf dan baiki kesilapan.

 

Saya juga amat faham. Majoriti mereka di komuniti online tidak tahu cara memberi kredit kepada pemilik sebenar cerita. Its okay. Kita baiki yang silap dan jalan terus. Saya juga tidak memasang niat untuk selidik siapakah orang pertama yang mengkopipes copywriting saya. Tidak pula sibuk bertanya dari mana Pn Mazana temui karya copywriting saya.

 

Nota Bahasa:
Bahasa lembut >> kopipes tanpa kredit.
Bahasa legal >> mencuri harta intelektual (IP Intelectual Property) tanpa kebenaran.

 

Kita mahu mencari solusi terbaik untuk sesuatu isu, bukannya menabur darah bangkai pada kaca yang sudah berderai terhempas ke tanah.

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu asal usul Kesah Telekung Busuk.

 

Begini. Copywriting adalah skrip menjual. Kesah Telekung Busuk adalah satu karya COPYWRITING untuk klien saya Telekung Cotton Paris yang menggunakan teknik storytelling. Maka, ia bukanlah cerita yang digunakan untuk mengAIBkan sesiapa (nama copywriter tiada pada cerita asal di FB Page klien). Copywriting ini digunakan untuk run FB Ads klien saya. Alhamdulillah. Memang dengan bajet FB Ads RM10 sehari, itu pun run 2 atau 3 kali seminggu, klien saya sudah tak menang tangan menjawab pm dan wasap. Maklumlah, beliau bisnes sorang-sorang, surirumah anak 3, dan belum ada staff nak tolong jawap pm. Alhamdulillah, dengan kontorversi Kesah Telekung Busuk, beliau boleh berehat run FB Ads selama 2 minggu.

 

Storytelling copywriting KESAH TELKKUNG BUSUK ditulis menggunakan emotional and persuasive storytelling untuk menyerang alasan-alasan tidak membeli (counter rejection factor from prospects), dengan tujuan untuk perbetulkan mindset prospek tentang sesuatu perkara. Dalam kata lain, copywriter cuba menanam satu perspektif atau fahaman baru di minda pembaca.

 

Benar. Ini adalah copywriting menjual sambil menyebarkan mesej kebaikan. Cuma, Allah swt memilih agar mesejnya menjadi VIRAL (melebihi tujuan menjual). Saya amat percaya bahawa Aturan Ilahi amat perfect sekali.

 

Kesah Telekung BUSUK Viral Feedback 1

 

Nampaknya, Cikgu June Mohd Som telah mengejutkan ‘harimau sedang tidur’ dengan kisah telekung busuk. Besar gelombangnya sehingga yang di tepi pantai terasa. ~Tuan Ammar Muhamad

 

Alhamdulillah. Saya pasti, jumlah ‘harimau yang terbangun tidur’ lebih penting dari kontroversi dan komen panas di sana sini. Kepada mereka yang komen panas di OHBULAN! atau My Media Hub, semuga Rahmat Ilahi sentiasa memayungi kalian semua. Ya Rabb, bukakanlah mata hati semua pembaca. Aamiin.

.

.
Salam Jumaat Yang Penuh Barokah.

June Mohd Som
Storyteller Copywriter
JuneWriter : The Storyteller Kopiwriter
‪#‎KesahTelekungBusuk‬

4 December 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register