Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Kesah Telekung Busuk : Debat Keyboard Warrior

Pagi Sabtu. Baca debat-debat keyboard warrior pasal Kesah Telekung Busuk.

 

Kepada kakngah, maklong dan nekyam, yang berkongsi kesah-kesah mereka yang hampir sama, dan kena hentam dengan keyboard warrior, cikgu DOAKAN kalian semua berlapang dada.

 

Macam kes scammer baru-baru ni. Bila kami kongsikan cerita untuk peringatan, kami juga dituduh mengaibkan scammer. Nanti, kalau duit dah hangus 50 ribu 500 ribu, dia juga yang tension. “What ! Kenapolah takdo orang sound den ?”

 

Dan… mengenai ujub riak.

 

Selepas ni, janganlah pula mereka yang pakai tudung kepala paridot, henfon samseng harga 2 ribu, tas tangan LV 5 ribu, gelang emas pakhabib 13 ribu, yang upload foto makan lobster dan bercuti obersi, dikatakan ujub dan riak. Maklumlah, telekung 200-300 ringgit pun dah masuk kategori ujub riak ni.  Acaner ni.

 

Pesanan #1: Membeli ikut kemampuan.

Pesanan #2: Solat tidak perlu pakai telekung, cukup sekadar menutup aurat mengikut mazhab masing-masing.

 

Cuma, orang Gen X seperti cikgu dan Geng Makcik Pencen memang poyo sikit. Kami ni gemar jika ada pakaian khas yang cantik bila berjumpa RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Maklumlah, kalau jumpa sultan negeri pun kami tempah baju lip lap harga seribu dik oooiiii.

 

Telekung BUSUK Viral Feedback 5

Orang lelaki juga perlu berpakaian kemas ketika menghadap Allah.

Telekung BUSUK Viral Feedback 6

Sekarang sudah tidak berkira ketika beli telekung. Alhamdulillah.

 

 

PS: Mark Adam pun beli baju baru khas bila nak pergi jumpa bakal mak mertua. Baju Melayu gambar KLCC lagi tew. Punyalah bersemangat ! KLCC taw. 🙂

 

Jaket Paris Eifel Tower

Pesanan Penaja: Ni kalau nak jumpo bakal omak mertuo, boleh cubo jaket Eiffel Tower ni. Kasi lawan Mark Adam.

5 December 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register