Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Kesah Telekung Busuk: Ujian Penapisan

Masih terapi emosi lagi ini. Tapi, betul, ujian memang penapis kawan, kenalan dan sahabat. ~ Zamri Mohamad

 

Agak sukar mencari sahabat yang rela berjuang bersama ketika hidup anda dilanda kontroversi. Apabila kontroversi tamat, anda perlu belajar menutup kedua-dua mata dan buat-buat lupa, demi meneruskan sebuah persahabatan yang sudah lama terbina.

 

MEMAAFKAN adalah lebih ringan dari memeram keladak jiwa berkarat dengan nanah berbisa. Dan amnesia (sejenis penyakit lupa) boleh dilakonkan oleh manusia biasa yang sihat. Tenangkan jiwa dan pejamkan kedua-dua mata.

 

Sahabat lama atau sahabat baru tidak bersalah. Masyarakat kita sekadar gemar duduk di atas pagar dari melompat masuk gelanggang pertempuran. Untuk masuk bertempur, kita perlukan sekurang-kurangnya parang dan lembing tajam atau bom tanagan molotov cocktail.

 

Beberapa kali saya cuba menoktahkan episod kontroversi ini. Namun apakan daya, mata pena saya ini amat degil. Muntahannya melepasi kubu pertahanan saya yang dianyam dengan jerami.

 

 

6 December 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register