CONTOH #1 CW PUJUK UNTUK PROMOTE EBOOK EXAM PTD 

Dah telan pil tenangkan fikiran sebab gagal exam PTD tahun lepassss?

Rileksss. Matahari masih memancar terang di Putrajaya. Peluang anda untuk menjadi sebahagian dari gugusan terbesar mentadbir negara sedang melambai-lambai.

Tutup sejarah silam.
Buang pil ketenangan.
Pejam mata sekarang.
Dan lihatlah masa hadapan yang mula mengorak senyum manisnya.

Bersama berjuang melangkah ke dewan PTD dengan ilmu di hujung jari.

Pilihan di tangan anda!
Bertindak sekarang!

Klik butang untuk dapatkan Ebook PERCUMA Exam PTD anda sekarang ---> www.junemohdsom.com/copywriting-pujuk

 

Kebanyakkan dari anda terikut-ikut trend menulis ayat menjual menggunakan TEKNIK MENGHERDIK MENGHINA MASALAH yang dialami prospek.  Ramai yang sudah terbiasa buat copywriting dengan nada keras perli dan sentap !!!

Kau gemuk macam paus (nak jual losyen kurus)


Jerawat kau dah bernanah kannn? (nak jual krim jerawat)


Muka berkedut macam nenek kebayan. (nak jual serum anti-aging)


Susu tak cukup? Habislah laki kau cari gelfren baru. (nak jual milkbooster)


Kau lilit shawl jer dah setengah jam, memang abang dalam kereta tarik muka masam. (nak jual shawl instant)

Akhirnya, ayat copywriting menjual sebegini menjadi sungguh merepek dan annoying. Kalian sebenarnya nak menjual atau nak SIMBAH ASID kat hati prospek ni??

Apa kata mulai sekarang, gunakan teknik yang lebih lembut seperti teknik empati, teknik kasih sayang dan teknik memujuk.

Yeaa anda nak menjual. Namun menjual lah dengan cara berhikmah agar ada rasa hormat antara seller-buyer.

CONTOH #2 : JUAL LOSYEN KURUS

Kan best kannnn adik manis semua, kalau pinggang kita macam kerengga boleh pakai palazo laici Jaja Kalam yang saiz S ke M.

Bila pandang cermin masa kat fitting room, tenguk body sendiri hati berbunga boleh senyum 15 kilometer. Ewahhh.

Kalau tersesak kat dalam lif, kita boleh kempiskan perut nak elak tersentuh abam bomba dan abam pilot.

Saya jual losyen kurus sejuk ni. Hik hik.

Sambil exercise pagi dengan mop dan sambil karate ikan sayur kat dapur, adik manis sapu losyen slo slo ikut putaran jam. Sapu lama sikit dalam 5 minit biar losyen meresapppp ke kulit dalam.

Ada orang 2 minggu dah kurang 5 kilo. Ada orang ambil masa 2 bulan nak hilang 2 kilo. Takpe adik manis. Yang penting kita usaha cairkan lemak-lemak nakal kat perut tu.

Tak dapat jadi Miss World.
Dapat jadi Miss Suri Pilot pun cukup lahhh.

 

 

CONTOH CW PUJUK #3 - JUAL SHAWL PRINTED BUNGA BESAR

Owwhhh akak suka bunga besar yea? Orang kata, perempuan yang suka corak bunga besar ni orangnya konfiden dan outstanding. 

Kalau akak gayakan shawl floral bunga besar kami ni dengan baju plain mestilah tampak simple, dan masih cantik jelita. Pakai make up nipis on the go pun dah sempurna. 

Kami ada tiga warna corak bunga ni. Saya teringin nak tahu, apa warna feverat akak? Kalau warna feveret akak takde dalam koleksi kami, sudikah akak ambil satu corak bunga yang paling berkenan di hati.  

 

CONTOH CW PUJUK #4 - JUAL MESIN AIR IMPORT

Wahhhhh. Dari kecil ibu besarkan kita dengan penuh kasih sayang (walaupun kena libas dengan rotan jika buat salah).

Ingat lagi. Jika demam, saya takut mandi pagi. Lalu ibu akan masak air dan siapkan air mandi untuk saya. 

Jika hari hujan, ibu buatkan air kopi manis dan letak marjerin. Kami berkumpul kat dapur adik beradik makan biskut lemak cicah kopi. 

Bila ingat semula, sayu jer hati ini. Kasih ibu tiada sempadan. Ibu garang tanda sayang. Ibu marah sebab nak anak duduk betul atas landasan kehidupan. 

Sekarang ni bila besar. Kami belikan macam-macam untuk ibu, bawa jalan sana sini. 

Namun, hati saya selalu teringatkan kesah air mandi dan air kopi. 

Bulan depan harijadi ibu. Saya mahu belikan MESIN AIR dari Korea untuk mudahkan hari-hari ibu.  Semuga ibu hepi. 

 

7 TIPS MENULIS CW PUJUK

+ Jangan terlalu gelojoh menulis Copywriting Pujuk.

+ Cari mood terlebih dahulu. Baru mula menulis.

+ Pastikan mood anda tenang, lembut, ala ala romantis suara bisik-bisik.

+ Bayangkan anda sedang ber-softspoken memujuk seseorang.

+ Ingatkan kesah zaman kecil ketika anda dapat hadiah harijadi atau lumba lari. 

+ Belajar memujuk sebelum MENJUAL. Pujuk dahulu. Puji dahulu. Baru menjual.

+ Praktis memberi umpan pujuk yang fresh segar dari ladang !! Elakkan menggunakan umpan biasa yang lapok (contoh suami sayang)

Terima Kasih Kerana Sudi UPGRADE Ilmu STORYTELLING COPYWRITING Bersama Cikgu June. Selamat BERBISNES!!

PASTIKAN ANDA SUDAH BACA KESAH ANAK MURID CIKGU JUNE YANG BERJAYA JUAL KERETA, IPHONE, CLOSE SALE 10K DALAM MASA SEJAM, YANG BUAT SALES 11K SEHARI DI SINI --> FB GROUP PREVIEW BOP ONLINE

Copyright 2014-2016 (c) June Mohd. Som. All Rights Reserved
Privacy Policy - Disclaimer - Terms of Service

Pernahkah Anda STUCK BLUR Tak Tahu Nak Tulis Ayat Menjual ?? KLIK SINI

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.