Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Kesah Telekung Busuk Yang Viral

Kesah Telekung BUSUK Viral 2

 

Malam. 10 Disember. Mesej wasup masuk. Anak murid saya, Nasibah beritahu bahawa copywriting saya untuk seorang klien, bertajuk KESAH TELEKUNG BUSUK, dikopipes warga Facebook tanpa sebarang kredit.

 

Saya segera ke wall beliau.

Benar. Kopipes 100% TANPA KREDIT.

Sudah ada 606 shares.

Waktu tidur saya sudah hampir, mata pula sudah letih. Malam itu juga, saya mengadu domba di wall saya.

Innalillah. Storytelling Copywriting June Mohd Som kena CURI kopipes 100% tanpa kredit. Nangisssss. :'(

Dugaan datang dari NYA. Bersabarlah duhai hati. ALLAH Maha ADIL.

 

Saya tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Ini adalah copywriting untuk klien saya Telekung Cotton Paris. Copywriting ini berbentuk storytelling. Kami panggil Storytelling Copywriting. Dan copywriting adalah skrip menjual untuk tujuan bisnes. Ia ditulis untuk tujuan menjual.

 

Namun, di sebalik “skrip jualan,” memang ada mesej tajam yang saya cuba sampaikan.

 

Realitinya, budaya kopipes tanpa kredit sudah tidak dapat dibendung lagi. Namun, bagaimana mungkin saya meletops marah, kerana pelajar saya di universiti juga tidak terkecuali dari aktiviti plagiat. Dahulu, ketika mengajar, saya adalah pensyarah yang menjatuhkan hukuman FAIL untuk mereka yang plagiat, walaupun mereka adalah anak-anak kesayangan fakulti dan dekan.

 

Di sekitar 2007, saya sendiri sudah dibrainwash oleh Puan Ainon Mohd tentang copyright dan 7 jenis plagiat yang perlu dielakkan oleh setiap penulis. Iya. Saya memang skema dalam hak copyright.

 

Siang. 11 Disember.

Saya tinggalkan mesej di FB Wall:

Saya mostly on the road hari ini, driving KL-MELAKA-KL. Tak sempat nak search dan ambil tindakan yang patut. Segala nasihat tuan puan amat dihargai.

Boleh pm saya untuk maklumkan individu atau Page atau website yang kopipes tanpa beri kredit.

KESAH TELEKUNG BUSUK ini ditulis untuk manfaat bersama. Saya IZINKAN share dengan memberi KREDIT yang sewajarnya kepada penulis asal iaitu June Mohd Som.

 

Saya mulai terima beberapa pm mohon maaf dan screen shot post Kesah Telekung Busuk yang tidak diberi kredit.

 

Malam. 12 Disember.

1.30 am. Baru tiba dari Melaka. Baru dapat info KESAH TELEKUNG BUSUK dah di up oleh OHBULAN!. Nasib baik, versi yang ini ada nama saya sebagai penulis sebenar cerita ini.

Memandangkan jadual hari ini padat, maka tak sempat saya nak godek FB dan kejar individu-individu yang CURI copywriting dari FB Page KLIEN sayaTelekung Cotton Paris.

Copywriting ini adalah copywriting evergreen. Sepatutnya owner Telekung Cotton Paris boleh maintain dengan copywriting yang sama selama 5-6 bulan atau lebih untuk promosi bisnes beliau. So, dia sebenarnya kecewa. Nanti cikgu pujuk dia yea.

 

Saya? Saya kecewa ke?

 

Saya tak sempat nak fikir. Tak tahu apakah tindakan sewajarnya untuk insiden ini (sebab jadual Rabu dan esok yang super pack). Bagus juga sibuk. Kalau tak, sure my blood terbang tinggi sampai ke bulan.

 

So. Saya percaya aturan ALLAH untuk semua ini amat perfect sekali.

 

Saya sebagai seorang copywriter.
Anda sebagai orang-orang bisnes.
Anda sebagai saudagar-saudagar telekung.
Anda sebagai insan-insan yang suka curi/kopipes tanpa beri kredit.

 

Terutamanya, anda anda dan anda sebagai pembaca yang terkesan dengan cerita KESAH TELEKUNG BUSUK dan sudah mula rasa bersalah dengan kedoifan anda ketika bertemu RAJA bagi segala raja-raja di dunia ini.

 

Dan… InsyaAllah. Kita semua belajar sesuatu dari insiden ini. Pasti ada HIKMAH EMAS dari NYA.

Baca komen-komen di OHBULAN!. PELIK lagi UNBELIEVABLE.

Manusia yang banyak cakap (dan banyak menulis) bukan semuanya bijak. Noktah. #KeyboardWarrior

 

Siang. 13 Disember

Saya bercadang untuk menulis untuk kali terakhir tentang KESAH TELEKUNG BUSUK.

 

Petangnya, sahabat penulis storytelling copywriter, Tuan Irfan Jani menulis tentang bagaimana manusia boleh memilih JENDELA mata mereka sendiri. Pilihan di mata anda.

“Irfan, rumahku ini banyak jendela…”

“Telah ku tunjukkan mana jendela, yang bagus pemandangannya. Yang nyaman udaranya. Kenapa kau tetap membuka jendela yang selain itu?”

 

 

NotaKredit:

Saya sudah berbalas pm dengan Puan Mazana Mohamed. Beliau sudah memohon maaf dan saya telah izinkan beliau biarkan post Kesah Telekung Busuk dengan memberi kredit kepada saya sebagai penulis asal cerita ini.

 

Klik untuk baca >>> Baca KESAH TELEKUNG BUSUK

NotaCopy:

Kesah Telekung Busuk di OhBulan (tanpa kebenaran penulis)

Kesah Telekung Busuk di Hypemedia (tanpa kebenaran penulis)

3 December 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register