Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Nasihat Dari Dua Orang Penulis Hebat

Haruki Murakami Quote

Haruki Murakami: Penulis Dari Jepun

 

Di dalam bukunya, What I Talk About When I Talk About Running, Haruki Murakami menceritakan bagaimana beliau mencipta momentum ketika menulis novel.

 

“To keep on going, you have to keep up the rhythm. This is the important thing for the long-term projects. Once you have set the pace, the rest will follow. The problem is getting the flywheel to spin at a set speed—and to get to that point takes as much concentration and effort as you can manage.”

 

Menurut Murakami, untuk berterusan menulis, kita perlu meneruskan rentak. Ini amat penting bagi projek masa panjang. Apabila kita telah menetapkan rentak, semuanya akan menuruti (inspirasi, watak, plot dan sebagainya). Masalah yang kerap timbul ialah bagaimana untuk memastikan kipas rentak berputar pada kelajuan yang ditetapkan, kelajuan yang kita mahu.

 

tash aw

Tash Aw: Penulis dari Malaysia yang sekarang menetap di London

 

Ketika Tash Aw ditanya di sesi ‘Meet The Author’ di Kinokiniya, beliau menyatakan bahawa “Writing is a lonely profession.

 

Beliau menghabiskan hampir keseluruhan masanya di apartmen, menulis dan menulis, sesekali akan keluar untuk bersosial berjumpa kawan atau ke kedai membeli barang dapur. Itu sahaja. Sesetengah orang melihat seorang penulis mempunyai elemen romantik dan sentimental. Melankolik? Realitinya?

 

Haruki Murakami pernah menyatakan;

 “I’m the type of person who doesn’t find it painful to be alone. I find spending an hour or two every day running alone, not speaking to anyone, as well as four or five hours alone at my desk, to be neither difficult nor boring. I’ve had this tendency ever since I was young, when, given a choice, I much preferred reading books on my own or concentrating on listening to music over being with someone else. I could always think of things to do by myself.”

 

Kerjaya sebagai penulis adalah sesuatu yang memerlukan penulis untuk berseorangan dan berdiam diri, sekadar berbicara dengan cetusan-cetusan idea di mindanya. Kemudian menzahirkan karya ke atas kertas atau monitor komputer. Memerhatikan abjad-abjad yang bercantum menjadi perkataan, dan perkataan-perkataan bercantum menjadi ayat. Ayat-ayat bergabung menjadi perenggan. Perenggan-perenggan bersambungan mencipta bab-bab yang unik dan tersendiri. Dan akhirnya, bab-bab yang tersusun rapi membentuk sebuah buku fiksyen atau non-fiksyen.

 

Selamat berlayar di pelantar imaginasi.

 

Baca nasihat penulisan dari Pak Seno dan Andrew Mathews di sini >>> Muntahkan Ilham Dan Peramkan Hasil Tulisan

30 November 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register