Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Nota Terakhir Kesah Telekung Busuk

Bicara Sufi Mata Zahir & Mata Batin

 

Bismillah. Semuga Allah tutupkan mata zahir, dan bukakan MATA BATIN setiap pembaca KESAH TELEKUNG BUSUK. Aamiin.

 

InsyaAllah. Ini post terakhir saya mengenai ‪#‎KesahTelekungBusuk‬.

 

Kita ambil yang manis dari insiden ini. Dan telan yang pahit selow-selow. Perjuangan saya di dalam dunia penulisan copywriting dan sebagai Cikgu OP dan Cikgu StoryKopi akan berjalan seperti biasa.


Terima kasih juga kepada Pn Mazana Mohamed, dari insiden terlupa beri kredit ini, karya copywriting saya menjadi viral lalu membuka hati insan-insan terpilih untuk upgrade mindset mereka ketika berhadapan dengan Allah swt (dan juga hal-hal berkaitan agama dan akhirat).

 

Terima kasih kepada owner Telekung Cotton Paris yang bersabar dengan dugaan ini (beliau lebih sedih dan kecewa dari saya). :'(

 

Terima kasih kepada anak murid saya, Atiqa Nasibah yang pm saya dan beritahu copywriting saya dah kena ambil orang.

 

“Sesungguhnya, ketika bersolat, yang kau temu ialah RAJA bagi segala raja-raja di dunia. Cantikkanlah pakaian solat mu ketika bertemu NYA, Pemilik Khazanah dunia dan akhirat.”

 

Antara respon dari mereka yang mempunyai jendela hati yang bersih:
“Menyentuh perasaan sekali. Semangat nak beli telekung.” ~Pn Norsahida Mohamad Said

 

“Cikgu nak tahu ?.bila sy baca kisah telekung busuk ni saya sendiri tersentak …dan terus hari ni beli telekung baru terus 3 pasang….Allahukbar” ~ Cikpuan Awina Ana

 

“Cikgu..patut bersyukur juga pd sy dgn kejadian ini.sbb kan status cikgu y ini membuatkan saya mampu baca copywriting tersebut dan sedikit sebanyak menggoncang hati saya untuk memiliki telekung cotton paris..apatah lagi hati yang lain lain.

Sebelum baca kesah ni, telekung rmXX jadi pilihan..sekarang hati sedikit terbuka untk telekung rm200.” ~Cikpuan Rossaini Ghazali

 

“Yup, sy pun rasa mcm nak pakai telekung lepas baca artikel yg cikgu tulis.. Hehehe.. Sangat memberikan inspirasi cikgu june.” ~ Tuan Mustaq Majid

 

“Peniaga telekung pun ramai yang senyum selepas insiden ini berlaku.” ~ Tuan Faris Tamin 

 

Aturan ALLAH itu amat perfect sekali. Percayalah!

Saya sebagai seorang copywriter.
Anda sebagai klien dan bakal klien saya.
Anda sebagai orang-orang bisnes.
Anda sebagai saudagar-saudagar telekung.
Anda sebagai insan-insan yang suka curi/kopipes tanpa beri kredit.

Terutamanya, anda anda dan anda sebagai pembaca yang terkesan dengan cerita KESAH TELEKUNG BUSUK dan sudah mula rasa bersalah dengan kedoifan anda ketika bertemu RAJA bagi segala raja-raja di dunia ini.

 

Dan… InsyaAllah.
Kita semua belajar sesuatu dari insiden ini. Pasti ada HIKMAH EMAS dari NYA.

 

Yang mana HAK saya, sudah pasti akan kembali kepada saya dengan izin NYA. Jika bukan, ia akan pergi jua dengan kehendak NYA.

 

Salam Kasih Sayang Dari Pena JuneWriter.
June Mohd Som
The Storyteller Copywriter
junemohdsom.com

.

3 December 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register