Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

PERSONAL BRANDING MARKETING UNTUK ORANG BISNES

 

 

Untuk PERSONAL BRANDING MARKETING, anda adalah USP untuk bisnes anda.

 

Anda perlu berani jual wajah anda tak kesahlah lawa ke tak lawa, tak hensem pun takpe asalkan karakter dan personaliti mesti outstanding, konten anda di media sosial mestilah UNIK, ada gaya penulisan yang tersendiri.

 

Personal branding untuk femeskan diri sendiri.

Product branding untuk femeskan jenama produk.

 

Maggie Starbuck Coca Cola terkenal sebab product branding, bukanPERSONAL BRANDING. Kita tak kenal siapa founder atau orang penting dalam kompeni ini. Mereka non stop labur duit untuk PRODUCT BRANDING. Iklan mereka sentiasa lalu depan mata kita.

 

Di Malaysia, Puan Dila Mubarak II, Puan Nora Furla dan Joy Revfa Sofia menggunakan PERSONAL BRANDING untuk melebarkan empayar bisnes mereka. Mereka yang di dalam niche #SERVIS seharusnya menggunakan Personal Branding.

 

Di FB dan Insta, personal branding boleh dibuat menggunakan medium FREE COST MARKETING (tanpa bantuan FB Ads).

 

Product branding dan personal branding adalah usaha NON STOP marketing, untuk REINFORCE /kukuhkan jenama kita di mata dan hati prospek juga kastemer

.

Keyword Personal Branding – diri anda, wajah, karakter, personaliti, konten unik.

 

 

7 SEBAB PENTING ANDA PERLUKAN PERSONAL BRANDING UNTUK BISNES ANDA:

  • Bila FEMES, lebih mudah untuk promosi barang
  • Lebih mudah untuk meyakinkan prospek
  • Lebih mudah close sale
  • Lebih mudah stokis dan ejen anda menjual
  • Lebih mudah untuk  lebarkan empayar bisnes
  • Senang nak launching produk baru
  • Alternatif kepada FB Ads. Sekiranya FB Ads asyik kena flagged, maka kita masih boleh meneruskan marketing di FB wall sendiri.

 

 

 

 

 

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

  • Name (required)
  • Register

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register