Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

5 RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES ONLINE

 

Pernahkah anda resah gelisah kerana duit dalam poket semakin nipis. Padahal musim gaji lambat lagi. Pernahkah anda rasa teringin nak bawa keluarga bercuti di sana-sini, namun tiada bajet. Jangan kata bercuti dalam negeri, nak bawa anak masuk taman tema seperti Sunway Lagoon dan Wet World, atau Petrosains dan Kidzania pun boleh sakit kepala nak korek tabung.

 

Iya. Ramai orang yang menyimpan impian untuk lebih bahagia, lebih kaya, lebih selesa dalam hidup mereka.

 

Namun… Namun, hanya sebahagian kecil yang benar-benar BERUSAHA KERAS untuk memastikan impian mereka tercapai. Hanya sebahagian kecil sahaja yang benar-benar BEKERJA KERAS untuk melihat orang tersayang, ibu-bapa, pasangan dan anak-anak mereka lebih gembira. Tahukah anda. Orang berjaya sebenarnya mempunyai mindset dan attitude yang pelik, yang luar biasa.

 

 

ANDA NAK BERJAYA DALAM BISNES?

 

Hari ini, saya kongsikan 5 perkara yang anda perlukan untuk lebih bahagia, lebih kaya, lebih selesa dalam hidup. Langkah pertama untuk capai IMPIAN anda adalah dengan memiliki 5 ciri orang berjaya seperti di bawah.

 

1. ANDA PERLUKAN VISION YANG JELAS

Anda boleh baca boleh rancang whats next, next next game yang anda nak buat untuk capai that one vision. Anda boleh TULIS atas kertas dengan detail apa yang anda nak capai dalam 3 tahun dan 5 tahun.

 

Vision anda wajib BESAR!!
Cuma jangan bagitahu orang lain.
Nanti kena gelak atau orang sabotaj.

 

Don’t simply trust people. Oppsss SILAPPPP!!Don’t TRUST people at all. Work in silence. Kubu perang anda mestilah underground. Bila dah mula berjaya atau bisnes anda dah mula proven, baru tunjukkan kubu perang anda. But don’t show all. Sorokkan! Tunjukkan sikit jer ala-ala intai langsir tingkap.

 

Simpan RAHSIA BISNES ketat-ketat.
Again. Dont TRUST people.

 

2. ANDA PERLUKAN THICK SKIN

Kulit kena tebal babe. Kena REJECT dengan 993 prospek? Okay go get another 7 prospek. Cukupkan 1000 rejection! Cukupkan 10,000 rejection sehingga kulit anda so tebalicious. Kulit muka juga kena tebal. Kena ludah, kena caci maki perli, kena fitnah sabotaj, kena tipu, kena sailang, produk fail, produk rosak, jatuh bankrup??? Okay buat dunno. Meroyan 3 jam cukup lahhhh. Pastu bangkit berlari dan buat jer lagi.

 

Jerit kuat-kuat dalam hati, “One more time baby !!!”

 

3. BE A RISK TAKER

Kena berani ambil risiko. Dah sah sah. Anda akan pernah failL 30 kali sebelum jumpa FORMULA EMAS untuk bisnes. Its okay. Pasti anda telah belajar sesuatu setiap kali fail !!! Failure bukan pembunuh. Failure ada lah baby-baby untuk satu KEJAYAAN besar.

 

Saya sendiri ada banyak produk yang fail –> Seminar Bangkit Menulis, Group Coaching POP-Writing, coaching buat blog, TIPS (Tuisyen Penulisan Santai), STOB Pioneer Batch dan STOB Edisi 2015, Ebook Penulisan Teknik Number dan Teknik Pengulangan, Projek Geng Newbie. So?

 

Prinsip saya.
You can still evolve after failures. EVOLVE !!!

 

4. READY TO EXPAND BIG AND BIGGER

Tak yah tunggu perfect ! Tak yah tunggu SOP perfect, produk perfect. Go go go. Ambil staff, besarkan team, rekruit agen dan ds, double production.

 

Apa yang akan terjadi??? Anda akan jadi sungguh tak tenteram dan huru hara sebab semua kena buat (walaupun anda ada team baru). But its okay. You just need a little pressure untuk tambah speed dalam bisnes.

 

5. WELCOME PRESSURE

You need to know what is your threshold. Apa tahap PRESSURE yang anda boleh handle??? Anda perlukan PRESSURE yang cukup kuat untuk hentak diri sendiri yang lemau dan banyak sangat alasan selama ini.

 

Pressure ada 2 jenis.

1. Pressure baik (constructive pressure).

Pressure baik adalah tekanan yang datang dalam bentuk dugaan dan masalah bisnes yang buatkan anda macam baru tersedar, “Ehhh. Tak boleh jadi ni. Aku perlu buat sesuatu sekarang !!!”

 

2. Pressure buruk (destructive pressure).

Yang ini tak baik untuk diri anda. Boleh jadi tertekan dan murung 2 minggu sampau tak lalu makan dan menyampah tenguk orang. Ehhhh dah menyampah mummy preggy lakkk. Haha. So. Jangan takut dengan pressure atau tekanan dalam dunia bisnes ini.

 

Create the pressure if you dont have one.
Look for pressure.
Play the diamond game.
Diamond will only shine under pressure.

Apa progres bisnes anda sekarang?
Dah tenguk carta sales?
Naik atau turun menjunam? Atau stagnant?

Berapa target sales?
Dah capai? Boleh double kan sales sedia ada?
Boleh triple kan?

Anda nak apa?
20K? 50K? 100K?
5 angka?
6 angka?
Boleh tak nak buat 7 angka???

 

Next.
What is your business direction?
Apa game anda untuk 2018?
2019 nak buat apa??
Perlu kan produk baru, bisnes baru?
What? What is you plan?

Pesaing dah buat apa?
Berapa sales pesaing?
Apa strategi terbaru pesaing anda?

Buka mata besar-besar !!!

Decide what kind of pressure yang boleh PUSH untuk gear bisnes anda gerak laju dan double triple kan sales.

You must know your threshold.
You must know what are your constructive pressures.

 

Last sekali.
Super hardworking.
Buang perangai manja mengada-ngada tu.

MAAF.
GAME ini hanya untuk jiwa warrior.
GAME ini untuk serious entreprenur.
GAME ini untuk business strategist.

 

Adakah ANDA sudah bersedia untuk jadi business warrior & business strategist?

Betul ni ANDA sudah 200% bersedia untuk sahut cabaran untuk ubah mindset dan game bisnes anda mulai hari ini.

Serious ni ANDA JANJI akan ada thick skin dan berani untuk welcome PRESSURE dan tak gentar dengan FAILURE?

Jika seriyes bersedia, KLIK SHARE sekarang sebagai satu PERJANJIAN antara ANDA dengan masa hadapan bisnes anda !!!

⚔️⚔️⚔️

28 October 2017

2 comments

  1. Ayat power cg bg mudahnya paham

  2. Banyak sifat yang berlawan dengan tips yang cikgu berikan kena diubah, Kalau tidak tak jadi apa-apa. Suka perumpamaan “THICK SKIN”. Dugaan kata cercian dan komen sinis yang perlu jadikan diri kalis bak pakai baju kalis peluru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register