Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Saya Tidak Tahu Menulis Dan Membaca

Book Habit

2005. Tuhan tarik tiga skil saya. Maka, hiduplah saya sebagai manusia yang tidak tahu menulis, tidak pandai membaca dan tiada keupayaan untuk berkomunikasi (tak pandai nak sembang bom bang bom bang, setiap kali interview kerja, mesti kena hentam dengan interviewer).

Ketika itu saya tahu. Skil yang ada pada seseorang manusia adalah antara nikmat kurniaan Ilahi. Dan saya tahu, hilangnya tiga skil ini bersebab, dan saya yakin Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Saya merangkak untuk pulihkan tiga skil ini. Dan pengorbanan bertahun-tahun dan beribu jam mengadap buku dan pc, latihan demi latihan mengasah pena membawa saya ke satu destinasi yang amat indah. Ewahhh.

Alhamdulillah. Pada hari ini, saya amat bersyukur dengan nikmat kurniaan MENULIS. Nak ikutkan ketagihan menulis, rasa macam nak update 10 status di FB dalam sehari.

NotaBuku: Awalnya, saya banyak terjebak dengan novel berat Noble Prize dan buku falsafah Barat. Kemudian, slo slo beralih arah. Buku yang dah kena tendang keluar dari rak dan sedekah buat recycle ada lebih seratus buah. Yang ada sekarang, very selected collection dan dah banyak digantikan dengan buku yang membawa faedah.

 

24 November 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register