Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Manusia Suka Bercerita & Membaca Cerita

STKopi

 

Penulisan Storytelling Kopiwriting yang baik mempunyai asas utama yang saya namakan sebagai Anatomi Storytelling.

 

Untuk menambah perencah kepada storytelling, seseorang penulis perlu berikan perahan jus emosi dan kemudian blendkan beberapa psychological trigger. Bagaimanapun, mengenali customer avatar atau siapa targeted kastemer anda amatlah penting supaya story yang ditulis akan lebih tersentuh atau terkena betul-betul di batang hidung pembaca (prospek anda).

 

Dan jangan lupa, formula asas kopiwriting formal juga perlu dimasukkan ke dalam storytelling (biasanya saya letak di bahagian hujung story).

 

Untuk elak bahasa dan jalan cerita yang lemau/klise, seorang penulis kopi perlu mahirkan Teknik Anti-Klise dan Pattern Interruption. 

 

Lately, trend stroytelling menjadi demand kepada geng bisnes. Namun, saya galakkan teknik storytelling ini digunakan sekiranya orang bisnes mempunyai FB Page dan sudah biasa menggunakan FB Ads. Pada saya, game storytelling kurang sesuai untuk geng newbie bisnes yang masih bergantung kepada free/zero cost marketing. Ehhhh bila fikir sekali lagi. WHY NOT!

 

Kalau bukan sekarang. Bila lagi newbie bisnes nak mula Storytelling Kopiwriting? Kan kan. So, tak kesahlah anda otai atau newbie, belajarlah Storytelling Kopiwriting jika sudi. Kelas Storytelling Kopiwriting Cikgu June tak tahu bila nak buat sebab Nov dan Dis memang dah declare cuti ngajar.

5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Teknik Storytelling:

1: Tujuan meggunakan Teknik StoryTelling adalah untuk lari diri dari iklan hype.

2. Perlu sabar untuk bina momentum sehingga ramai yang share cerita anda sehingga viral.

3. Manusia lebih mudah hadam cerita dari fakta.

4. Ilmu asas kopiwriting formal masih penting, dan perlu dimasukkan ke dalam story.

5. Cerita yang diselitkan dengan iktibar/ibrah atau lesson learnt mempunyai saham akhirat yang tersendiri.

 

Latihan demi latihan itu penting. 
Latihan di bawah seorang MENTOR adalah shortcut untuk anda berjaya sebagai penulis kopi yang berjaya.

 

ALL THE BEST penulis kopi semua !

Seterusnya, boleh baca >> ilmu copywriting, storytelling dan tips menulis.

Klik sini untuk dapatkan >>> SERVIS COPYWRITING Dari JuneWriter

 

A Writer Writes.
Puan June Mohd Som

25 November 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register