Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Anda Mahu Jadi Storyteller Atau Copywriter?

 

Dalam dunia bisnes online yang menggunakan platform media sosial, mempunyai teknik menulis yang baik adalah skil yang penting untuk newbie bisnes. Di platform berniaga online, dua faktor utama yang membantu kempen pemasaran online dan personal branding marekting.

 

  1. Faktor Visual – gambar produk atau apa-apa yang berkaitan dunia bisnes yang cantik menarik minat audiens. (Baca ilmu visual di sini >>> VISUAL)
  2. Faktor Penulisan – penulisan santai samada anda menulis untuk bisnes atau subjek bukan bisnes.

 

Apa Itu Copywriting?

Copywriting adalah menulis untuk menjual kepada audiens atau bakal prospek. Copywritign adalah AYAT MENJUAL. Copywriting is writing to sell.

 

Salah satu teknik copywriting yang amat mudah untuk digunakan oleh newbie bisnes ialah dengan menggunakan TEKNIK STORYTELLING.

 

Tiga Tips Mudah Untuk Asah Skil Storytelling:

#1. Menulis kepada seorang kawan.

Bayangkan anda bercakap dengan seorang kawan. Apakah perkataan-perkataan yang kalian gunakan ketika bersembang. Adakah anda mmenggunakan Bahasa Malaysia dengan format karangan SPM? Ofkos tidak!

 

Dan apabila anda menulis di media sosial, pastikan anda akan menyelitkan sedikit bahasa slanga yang terkini atau ayat trending terkini.

 

Antara contoh ayat trending:

– Awak kat mana?

– Abang sado

 

#2. Gunakan kata sifat yang kreatif (creative adjectives).

Elakkan menggunakan kata sifat yang mudah dan klise ( cliche) seperti baik, best, mudah. Kata sifat seperti ini amat lemau dan membosankan. Maka, meriahkan penggunaan kata sifat dengan sesuatu yang membuatkan audiens anda terbuntang mata.

 

Contoh:

Saya tersenyum lima kilometer membaca komen Cik Melly.

Rasa hepi sampai nak melompat ke bintang. Yeehaa.

 

#3. Mulakan dengan menulis copywriting yang pendek (short copy)

Anda boleh melatih menulis short copy di medium Twitter, Instagram atau pun status Facebook. Atau, anda boleh melatih menulis short copy melalui menulis Headline bagi status Facebook atau tajuk post blog (blog post title).

 

Melatih menulis Twitter adalah mencabar kerana anda memang hanya diberikan ruang yang pendek untuk menyuarakan sesuatu. Di Twitter hanya bolah menggunakan 140 aksara. Pilihan lain, anda boleh latih menulis cerita pendek 2 ayat di Instagram.

 

Saya baru jatuh hati dengan Insta. Pada saya, Insta adalah tempat paling sesuai untuk menyimpan koleksi foto digital bisnes kita, tempat paling sesuai untuk penulisan pendek (short stories), tempat paling sesuai untuk menayang koleksi testimoni bisnes kita. Best. Saya masih newbie di Insta.

 

Seterusnya, boleh baca >> copywriting, storytelling dan tips menulis.

 

26 November 2015

1 comment

  1. Terima kasih cikgu. Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register