Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

4 Rutin Utama Untuk Mula Menulis

writer ilham menulis
I love writing. I love the swirl and swing of words as they tangle with human emotions. ~ James A. Michener

“Macam mana nak menulis?”

 

Ini adalah pertanyaan yang biasa saya terima dari audiens Facebook dan students Kelas OP.  Ada yang  teringinnnn sangat untuk menjadi penulis (ada yang mahu menjadi penulis sehebat novelis yang terbit buku). Ada juga sekadar mahu menjadi penulis yang baik di mukabuku agar luahan pena mereka dibaca dan dihargai oleh orang lain.

 

Perghhh. Ini adalah jawapan ikhlas saya untuk pertanyaan di atas –> perlu banyak membaca. Sekiranya sudah melepasi 50 buah buku, flow menulis akan datang dengan sendiri. Tetapi ini teori cap ayam saya sahaja. Jika ditanya novelis hebat, inilah jawapan klise mereka. Malah, penulis kopi (copywriter) akan berikan jawapan yang sama, “We read a lot of copies, we even have a swipe file for all collected copies.”

 

Takpe. Sebagai penulis newbie, kalian pasti mahukan sedikti tips untuk menolak gear pena anda. Betul ke ni? Saya kongsikan sedikit rutin yang anda perlu ikuti dengan displin yang tinggi.


#1 Menulis Setiap Hari
Saya suka mantra Writer Writes. Menulis perlulah dijadikan rutin harian.

 

Walaupun saya amat maklum dengan mantra Writer Writes sejak dahulu lagi, saya akui rutin menulis setiap hari amatlah sukar, melainkan kita dilahirkan sebagai penulis atau kita telah mengasah bakat menulis semenjak dibangku sekolah.

 

Apa yang saya cuba lakukan pada blog lama saya, sekiranya saya tidak menulis, saya akan cuba mencipta info bergrafik dan updatekan ke blog lama itu. Saya belajar grafik dari beberapa sumber online.


#2 Idea, Isu, Topik Untuk Ditulis
Perkara yang paling sukar dan seakan membunuh semangat untuk menulis ialah pabila kita kekurangan atau tiada idea, tiada isu, tiada topik untuk menulis. Saya telah mengalaminya bertahun-tahun.

 

Bagaimanapun, saya akui perkara ini lebih mudah untuk saya atasi setelah 10tahun menulis. kerana saya telah menderita sebelum ini dengan writer’s block, writer’s self sabotaging, writer’s dilemma dan sebagainya.

 

Usah murung! Untuk mengatasai situasi sebegini, baca tips Writer’s Block (nanti saya update yea).

 

#3 Mula Menulis Draf 
Jangan berlengah-lengah untuk menulis. Tulis apa sahaja yang terlintas di kepala. Jika ianya bagus, kongsikan atau publish di Facebook wall anda. Jika teruk, simpan peram sorang-sorang. Yang pasti, anda tulis sesuatu.

 

#4 Banyakkan Membaca

Nak tahu apa buku-buku feveret saya? Baca sini >>> My Feveret Books

 

Okay. All The Best Untuk Semua.

25 November 2015

Jemput tinggalkan pendapat anda di ruangan komen !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register