Setup Menus in Admin Panel

Hubungi Kami Sekarang ! ‭03-8912 8168‬ | admin@junemohdsom.com
Profile Photo

Muntahkan Ilham Dan Peramkan Hasil Tulisan

 

Anda mahu Tips Menulis lagi? Baiklah. Ini adalah tips untuk penulis newbie yang selalu rasa cuak panik was-was. Nak tulis ke? Ok ke apa yang aku tulis ni? Ke aku syok sendiri ni? Adoi… Banyak sungguh ‘bisikan nakal’ dalam kepala tu. Setuju?

 

Ini pula cerita saya.

 

Ketika mengambil keputusan untuk menulis secara serius, mungkin sekitar 2008-2009 (saya mula menulis blog pada 2005), saya selalu tercari-cari teknik menulis dan inspirasi untuk menulis.

 

Ok, buku dah baca, pakcik Googgle dah banyak membantu, apa lagi yang perlu dipelajari untuk mahir menulis??? Memandangkan saya gemar kepada konsep belajar bermentor atau berguru, maka saya pacakkan impian untuk mata bertemu mata dengan penulis yang terkenal untuk bertanyakan soalan yang paling ringkas (dan mungkin soalan budak tadika kepada mereka). Tak kisah… nak tanya jugak!

 

Iya, ketika berjumpa Pak Seno di Rumah Frinjan dan Andrew Mathews di Borders beberapa tahun lepas, penulis dan para hadirin berdikusi persoalan yang sama — konflik dalaman penulis mengenai nilai, konten, kualiti dalam hasil penulisannya mereka. Saya pula, sibuk nak tanya soalan budak tadika. Hu hu. Soalannya:- “Kadangkala setelah menulis, saya rasa gelisah, tak gembira dengan apa yang saya tulis. Apa perlu saya buat?”

 

Apa jawapan mereka?

 

Suprisingly. Pak Seno dan Andrew Mathews beri jawapan yang sama!

 

Ikuti 3 STEP Mudah Ini:

Step Satu: Muntah keluarkan ilham atau idea di kepala anda tu. Muntahkan ke medium yang anda selesa samada kertas, pc, laptop, smartfon, wasap, status FB atau boleh recordkan. Di peringkat ini, muntahan anda mungkin berterabur dan tiada makna. Ayat merepek meraban. Plot cerita berterabur. Its ok. Its ok.

 

Step Dua: Next. Memandangkan anda belum konfiden, PERAMKAN dahulu hasil karya anda itu untuk beberapa hari atau minggu atau bulan. Tak kesah. Ikut suka hati kamu. In fact. Saya ada hasil karya yang dah terperam 3 tahun, tak pernah publish pun. Ingat. Jangan sesekali padam atau buang karya sendiri. Do not kill your own babies.

 

Pak Seno Gumira Ajidarma

Kata Kunci Untuk Menulis: P E R A M

June Mohd Som: Kadangkala setelah menulis, saya rasa gelisah, tak gembira dengan apa yang saya tulis. Apa perlu saya buat?

Pak Seno: Ianya normal, biasa, bagi penulis terutamanya penulis baru merasa was-was atau tidak suka atau ragu dengan apa yang ditulisnya. Biarkan sahaja dan teruskan menulis. Simpan dahulu tulisan-tulisan yang menggoncang jiwa itu dan setelah beberapa ketika, ziarah kembali dan mungkin ketika itu anda akan menikmati rasa yang berbeza. Malah jika ia masih rasa yang lama, biarkan sahaja. Jika mahu dibuang boleh, mahu terus disimpan juga boleh. Yang penting teruskan menulis.

 

Andrew Matthews: Jangan padam hasil penulisan yang tidak disukai, simpan untuk beberapa hari, beberapa minggu atau beberapa bulan. Apabila anda melihat kembali hasil penulisan itu, anda mungkin mempunyai rasa yang berbeza dari asalnya.

 

Step Tiga: Revisit & Rewrite. Setelah beberapa lama, jenguk semula karya lama anda. Jika masih tidak suka, biarkan sahaja. Jika rasa boleh baiki, baikilah. Jika mahu publish, then go ahead. Publish kan!

 

Maka saya simpulkan di sini, bahawa kata kunci dalam penulisan adalah PERAM. Ketika ilham sedang melintas lalu atau meribut di dalam kotak fikiran anda, tulis, tulis dan tulis sahaja.

Sekiranya muncul rasa kurang selesa, macam tak kena, ayat belum sempurna, plot terlalu klise, tiada rasa ummphhh, simpan sahaja karya tersebut di dalam buku catatan atau pun komputer.

 

PERAM hasil penulisan itu seketika. Terus menulis cerita lain. Pergi kerja seperti biasa. Makan, shopping pergi juga kenduri kendara. Bila tiba masanya, iaitu satu hari yang keramat, ziarah kembali karya lama yang terperam. Baca semula. Ubah suai jika perlu. Berikan sentuhan terakhir sehingga naluri hati anda memutuskan bahawa hasil penulisan tersebut sudah cukup matang, sudah bersedia untuk dikongsi bersama pembaca.
Jom menulis.

 

PS: Baca nasihat penulisan dari Haruki Murakami dan Tash Aw di sini >>> Nasihat Dari Dua Orang Penulis Hebat

15 October 2017

3 comments

  1. Assalamualaikum cikgu. Terima kasih untuk panduan ini.

    Adakah proses peram berterusan hingga rasa gelisah tu hilang?

    • Waalaikumsalam. Ya Syazana. Kita PERAM sehingga perasaan/emosi kita kembali neutral atau tenang, sehingga gelisah hilang. Biasanya, apabila kita lawat semula (revisit) penulisan lama yang diperam, kita akan alami perasaan yang sedikit berbeza.

  2. Oh, saya tak pernah revisit tulisan lama. Biasanya kalau rasa tak best, saya delete je. Alamak, banyaknya my babies dah kena bunuh. Baik, lepas ni akan cuba tak delete tulisan yang tak best tu. Tq cikgu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

top
Hak Milik Terpelihara © JuneMohdSom.com.

Login

Register

Create an Account
Create an Account Back to login/register